Pages

Sunday, February 20, 2011

PIZZA FRANCHISE

KAMI MEMPERLAWA KEPADA SESIAPA YANG INGIN  MENJADI ZAILAN PIZZA FRANCHISE ( Melaka dan Johor ), SILA HUBUNGI ZAILAN DI TALIAN 0166467990. ATAU EMAIL KEPADA zilanpizza@yahoo.com






Saturday, January 15, 2011

Thursday, December 30, 2010

Thursday, November 11, 2010

ZAILAN PIZZA MUAR

SELAMAT DATANG KE ZAILAN PIZZA MUAR
UNTUK MENIMATI MAKANAN BARAT SEPERTI PIZZA , CHICKEN  CHOP, LAMB CHOP, BEEF STEAK, FISH AND CHIPS, BURGER, ROTI JOHN DAN LAIN LAIN LAGI , ATAU MAKANAN MALAYSIA SEPERTI MEE BANDUNG MUAR, NASI AYAM LADA HITAM, MEE GORENG, NASI GORENG DAN BERBAGAI LAGI MAKANAN , SILA KUNJUNGI KE KEDAI KAMI YANG TERLETAK DI BATU 3, JALAN BAKRI, MUAR, JOHOR.

Sunday, January 24, 2010

RESEPI MI BANDUNG MUAR

BAHAN BAHANNYA:
-1/2kg. lada kering...........(pilih lada kering yang kurang pedas)
-1/2kg. udang kering.......(pilih udang kering yang tidak berbau hapak dan kerana dialah yang menentukan mutu mi bandung kita)
-6ulas bawang putih.........(dimayang halus atau dikisar)
-2biji bawang besar..........(dimayang halus atau dikisar)
-secubit belacan................(lebihkurang 1/2", digoreng terlebih dahulu)
-ajinomoto..........................(jika perlu)
-1sudu makan garam.
-4sudu makan gula.
-250ml.minyak kelapa.....(sebaikbaiknya jangan gunakan minyak kacang)
-6keping biskut merrie....(direndam seketika dan apabila kembang lalu dibuang airnya)


CARA MEMBUAT REMPAH MI BANDUNG MUAR:
panaskan minyak di dalam kuali. apabila sudah panas masukkan bawang putih dan bawang merah. apabila sudah garing (jangan sampai hangus) masukkan udang kering yang sudah di kisar (blander), tunggu sehingga naik minyak masukkan lada yang sudah dikisar dan diikuti dengan bahan yang lain . tunggu sehingga masakan naik minyak baru lah selesai dan siaplah rempah mi bandung kita.

CARA MEMASAK MI BANDUNG:(untuk satu hidangan)
masukkan minyak kedalam kuali .apabila sudah panas masukkan setengah senduk rempah mi bandung, kemudian masukkan air rebusan tulang lembu. ( jangan terlalu cair) rasa kuahnya dan tambah garam, ajinomoto dan gula mengikut selera anda. apabila mendidih masukan sebiji telur ayam. apabila telur itu masak alihkannya kedalam pinggan. masukkan daging lembu yang sudah dihiris nipis, udang, sotong kembang. dan apabila ianya masak barulah masukan sayur sawi, buah tomato, tauhu (yang sudah digoreng) dan mee.apabila masak masukan masakan anda kedalam pinggan longkom atau mangkuk. diatasnya letak telur yang dimasak tadi. taburkan bawang goreng dan daun sup. maka siaplah mi bandung muar anda dan boleh dimakan. selamat mencuba.........

Thursday, January 21, 2010